Chapter 42: Jauhnya nak balik Malaysia


Alangkah seronok dan teruja naik keretapi merentas Thailand untuk pulang ke tanah air. Satu pengalaman lain yang pasti memberikan satu pelajaran baru dalam hidup kami.

Secara terperincinya, tren kami semalam daripada Nong Khai ke Bangkok memgambil masa selama 12 jam.


Kami ambil tren no.70, coach katil second class. Kami ambil katil bawah yang berharga B$758/seorang.


First time masuk tren sini, terkejut gak kenapa dapat coach duduk. Rupa-rupanya diorang punya sleeping coach boleh convert jadi tempat duduk. Gempak! Lepas tren bergerak, captain yang bertugas akan tolong bukak katil satu persatu. Gigih siot..


Tiba di Bangkok kami kena tunggu selama 7 jam sebelum tren ke Butterworth tiba. Tiket tak jadi masalah sebab kami dah beli awal-awal. Harga tiket ke Butterworth untuk coach katil second class adalah B$1210/seorang. Agak mahal.. sebab nak sampai punyalah jauh, 22 jam dalam tren!!!


Di Bangkok ni sebelum berangkat pulang semalam, Am siap tinggalkan lagi koleksi setem Rilakkuma yang dia kumpul hasil berbelanje di 7E.



Seharian lepak dalam tren merentas Thailand, akhirnya pada jam 7.30 pagi macam tu kami tiba di stesen Padang Besar. Disini kena keluar dari tren dengan semua barang, masuk pos Immigration untuk cop passport keluar, scan bagasi kemudian masuk kembali dalam tren. Cargo Coach dari Thailand sampai sini sahaja, so basikal kami turut dikeluarkan.


Mula-mula pening gak nak mikir camne nak bawa basika sampai Butterworth since hanya tinggal Passenger Coach dan kepala keretapi Malaysia jer. Tapi.. Malaysia Boleh!! maaaa.. Bayar MYR10/basikal pada pegawai KTM yang bertugas dalam tren, dia keluarkan resit,
settle masalah. Jauh kot nak sampai ke Butterworth, mau makan 2 jam.



Termenung, mengelamun, berborak.. sedar-sedar dah sampai Butterworth pun. Akhirnya, ringgit bernilai kembali. Sakit hati woo simpan ringgit banyak-banyak hajat nak tukar dari masa ke semasa tapi tak bernilai di mana-mana Money Exchange. Pak Najib!! Apa niii?? Malu saya weh...


Lepas sampai Butterworth, naik pulak bas ke Kuala Lumpur. Fuhhhh jauh weh. Tiket balik MYR38/seorang, dengan basikal kami campak dalam tempat letak barang bas City Express ni.

Nak diikutkan, perjalanan pulang semuanya ambil masa 3 hari 3 malam. Letih dalam public transport tapi berbaloi lah dah cakayan selama sebulan ni..

Comments

Popular Posts