Chapter 25: Sondol ke Lamae

"Ko nak terus sampai Bangkok ke hari ni Am?"

Jilake pagi-pagi dah kena bahan. Siap awal pun salah ka? Malam ni ada misi kang baru taww... Hehehhe. 

Daripada Surat Thani, kami ikut cadangan Pakcik Naim untuk lalu jalan lama ke Bangkok. Kalau ikut peta, Route 4112.


"Lintas jambatan je terus 'betul', lintas rel keretapi je 'lekok' kanan ke Chaiya.", kata Pakcik Naim.


Feel ikut jalan lama memang terbaik. Kiri kanan kampung, kebun, ladang, lalang, orang kampung lambai-lambai. Thorbaik baq hang!!






Kami tiba di simpang empat pekan Chaiya pada jam 10.30 pagi. Kalau nak cari masjid, lajak depan sikit ada masjid sebelah kiri. Gambar tak sempat ambil, sibuk layan pemandangan dalam hujan.

Selepas sejam berkayuh,

"Cuba tengok ni, kalau kita terus memang jauh nak masuk highway balik."

Kata-kata Mus tu membuatkan kami cuba mencari penyelesaian terbaik menggunakan bantuan Encik Google.

"Ada jalan potong ni, cuba ko zoom-in", kata Am.

"A'ah memang ada, lepas simpang ketiga", balas Mus.

Simpang ketiga yang dimaksudkan tiada sebarang papan tanda bahasa rumi. Nampak macam jalan kebun kelapa sawit. Sondol tetap sondol, janji cepat masuk balik ke jalan besar.

"Nampak cantik je jalan ni, silap haribulan kat depan tiba-tiba jalan tanah merah."

Memang betul tekaan Am. Jalan yang cantik berubah jadi off-road. Sangat mencabar perjalanan selama satu jam merempuh halangan ni. Jalan terus sahaja, jangan risau, maka sampailah ke jalan besar kembali.


Tepat jam 2.40 petang kami singgah di pasar pekan Khan Tu Li. Ada satu je gerai halal jual nasi ayam dan pulut ayam. 


Bila dah makan je sure nak baring tido jer. Ada orang tu layan phone senyum sorang-sorang.


Habis makan sambung balik berkayuh. Lamae dah tak jauh. Sebelum maghrib gerenti boleh sampai kalu kayuh layan jiwa sekali pun.



Lebih kurang 8 kilometer nak sampai ke Lamae, basikal Merlip kembali mengamuk. Tayar bocor buat kali ke-3 sepanjang perjalanan ini.




Lepas tukar tiub baru, sumbat masuk angin, baru perasan pipi tayar dah koyak. Waduhhh.. Jalan dalam 200 meter, tiub bocor kembali!! Dugaan.. menolak sampai ke Lamae la jawapnya.


Basikal siap tukar tayar baru pada jam 7.00 malam. Gambar tayar baru yang gempak kita up esok pagi. Boleh kan?

Malam ni kami crash kat surau di Lamae. Surau kecik je, tersorok jugak. Alhamdulillah ada jemaah tabligh lepak sini dalam 9 orang. Selesai solat isya' kita makan free dalam talam! Yeay.. save duit dinner hari ni.


Comments

Popular Posts