Chapter 41: Laos to Malaysia by Train

Hari ni Am dan Mus dah nak pulang ke Malaysia. Snap gambar masuk ke hostel daripada luar, at least pembaca luar sana boleh bayangkan kat mana lokasi tempat ni. Memag terletak di celah lorong. Sihome ni besar, kalau tanya orang tempatan elok tanya pada drebar teksi. Tanya kat mana Sihome Garden atau Sihome Backpackers. Pasti lebih membantu..


Sebelum pulang, kami bertiga ride ke Victory Monument di tengah bandar. Semalam member Ibnu ada bawa tapi waktu malam la. Pemandangan waktu pagi lebih menarik dan boleh nampak sekeliling kawasan bangunan.


Ibnu lepak lama sket di Vientiane ni. Dia berhajat nak ke Luang Prabang. Kami tiada restriction jika masing-masing nak kemana. Since target asal kami pun dah tercapai, maka dah boleh nyanyi lagu "Terpulanglah.. mau jadi apa.. mau jadi hantu.. mau jadi buaya..". Kami bersalam di Victory Monument sebelum bersurai.


Jauh siot nak patah balik ke sempadan Nong Khai, Thailand. Pulak tu dalam perjalanan pulang terjadi kemalangan, basika Merlip bikin aksi backflip 180 darjah, manakala basika Ting-ting tak sempat brek (padahal brekpad da habis) kasi hantam sama Merlip juga. Dua-dua terbongkang! Ceritanya Mus terlanggar belakang kereta yang sedang parking kat tepi jalan. Tak sempat nak elak punya cerita.. Bang! Bang! Boom! jadinya. Nasib baik cedera ringan sahaja.


Trio kini menjadi Duo selamat tiba di Nong Khai dan loading basikal ke dalam Cargo Coach. Bayar sorang B$90 sahaja, tapi hanya untuk basikal sahaja.. Pannier Bag perlu dibuka dan dibawa masuk dalam Passenger Coach. Berita baik, basikal takyah lipat atau diceraikan. Kasi diorang tengok resit bayaran, and then boleh campak masuk basikal masing-masing.


Perjalanan daripada Nong Khai ke Bangkok ambil masa lebih kurang 12 jam. Kami tiba pada jam 6.00 pagi dan tren seterusnya ke Butterworth berlepas lewat petang. Jadi kami perlu buang masa lepak kat Bangkok. Kalau korang nak WiFi boleh keluar dari stesen, ada kedai kopi tepi 7-Eleven disitu. Kita minum je sebab makanan tak halal. Apa yang penting? WiFi lah der... ape laie?? Lepas lepak di kedai kopi pinjam WiFi untuk update lokasi masing-masing, kami gerak mencari China Town di Bangkok.


Tengok perangai Mus kat Bangkok. Makin menjadi dak sorang ni. Kami tak banyak berjalan di Bangkok. Melihat pada trafik yang dah macam kat KL, dengan jalan banyak sehala kepala pun naik pusing. Bukan tempat kami nak lepak kat kawasan sibuk macam ni.


Sebelum balik, di stesen keretapi ada pulak geng praktikal dari institut gunting rambut tersohor offer potong rambut secara percuma. Apa lagi, jejaka rambut paling serabai la yang jadi target diorang.

"Do you want to cut your hair? for free.."

"Free? For sure! Please cut my hair so i can look like Hollywood actor.", kata Am.

Tapi depa tak paham.

"Make me handsome, like that guy"

Sambil tunjuk pada fesyen rambut salah sorang barber/hairstylist kat sana, Pening gak nak berkomunikasi. Harap-harap elok la gayanya nanti. Tak mau la balik dengan fesyen rambut ala-ala tempurung atau ada jambul kat depan pulak.



Untunglah Am dapat potong rambut free siap boleh demand fesyen lagi tu. Sifu depa siap tolong touch-up lagi tuh. Kalau tak kacak gak tak taulah.. Suh depa ni tutup la sekolah tu.. Belaja wat Pulut Ayam lagi senang.

 
Inilah kejadian yang tak dapat dielak, tinggal baki 20km je nak berkayuh ke Nong Khai. Ntah macam mana plak Mus tak dapat nak elak van yg diletak tepi jalan. Biasenye dia paling suka cilok mencilok ni.

Comments

Popular Posts