Chapter 34: Muak Lek Waterfall

Semalam tidur lewat. Ibnu leh bantai tidur depan Coffee Amazon, Am dan Mus buat campsite haram di bawah pondok parkir belakang 7Eleven. Thailand, memang negara seratus juta nyamuk!

"Esok kena planning betul-betul ni. Survey tiap-tiap PTT. Takpun ada plan BCD. Tak bole blah RnR takda pondok rehat.", rungut Am.


Hari ni adalah hari yang paling panas antara hari lain kami. Cuba tengok suhu dalam gambar, bermula dengan 35 celcius.

"Apahal berat semacam ni. Dah habis masuk gear ringan dah ni."

Memang hantu betul Route 2 menghala ke Nakhon Ratchasima ni. Nampak flat je rupa-rupanya tengah mendaki. Kejam siot hari ni punya route. Panas tak berangin, mendaki macam pi Genting Highland la pulak.



Last sekali dapat sukat suhu 40 celcius pada ketinggian 230 meter. Tak pasti jam tu dah calibrate untuk Altimeter atau tidak. Kalau salah jangan marah yer?


Hari ni kami target kayuhan dekat jer. Kurang lebih 60-70km dengan alasan yang kukuh nak santai di Muak Lek Waterfall. Bukan apa, dekat dengan jalan utama.. tambahan pulak dah layan bukit azab tadi.










Selepas puas istirehat, kami teruskan perjalanan. Depan sedikit daripada simpang masuk waterfall ada perasan kedai halal. So kami singgah tengok apa yang ada.


Kedai ni jual karipap panas pelbagai jenis inti. Ada inti nenas, strawberry, ayam, daging dan kacang. Kalau beli sebiji B$5, beli sekotak B$50 yang dalamnya ada 10 biji karipap. Hrm.. 




Perjalanan diteruskan selepas borong karipap. Ingatkan jalan dah landai, rupa-rupanya bak datang dia bagi jalan bukit lagi sekali sampailah jumpa next PTT bersebelahan gunung.

"Uda ko tengok tu!!! Mus kena kejar anjing. Tiga ekor pulak tu."

Kami memerhatikan Mus dari jauh sambil tergelak. Agak jauh jugak la Mus dikejar anjing tadi.

Sekali lagi kami mendapat hadiah sempena kedatangan kami buat pertama kalinya ke Pak Chong, bukit terakhir!!!

Jalan masuk ke Pak Chong memerlukan pertukaran laluan, daripada Route 2 masuk ke 2422 di sebelah kiri. Boleh nampak signboard masjid 6km. Lepas masuk simpang, dalam 500 meter dihadapan ada Tesco sebelah kanan. Selepas Tesco,

"Perghhhh ada kedai basika surley la pulakkkkk", lalu membunyikan hon memberi salam kepada tauke kedai yang terletak di seberang jalan.

Bila masuk lebih ke dalam, kami dapat rasakan kawasan Pak Chong ni lain macam sikit dari pekan lain. Ada standard! Kedai kopi yang cool, port remaja lepak, ada Mat Salleh, ada pasar karat, ada pasar malam macam Petaling Street. 

"Fuhhhhhhh!!! Lain macam baq hang! Depa tak tauuuuuuu.."

Belajor bahasa Thai: Khao Pat (seafood,khai;'ayam')


Hari ni kami crash di Masjid Darun Firadouch yg terletak di tengah bandar Pak Chong. Sampai lewat gak orang dah nak start solat Isya'. Masjid ni selesa ada tempat tidur untuk orang iktiqaf.

Comments

Popular Posts