Chapter 40: Friendship Bridge Vientiane

Hari ni kami nak masuk Laos sudaaa.. ikut sempadan Nong Khai. Punyalah ramai orang nak masuk Laos, nasib baik leh skip daripada beratur panjang.. tolak basikal ikut laluan yang tak payah periksa barang. Jimat 30 minit kat situ..


Sesudah melepasi Immigration, passport kasi chop keluar Thailand.. kami kayuh pula atas jambatan yang dinamakan 'Friendship Bridge'. Jumpa lak sorang pengembara berbasikal bernama Dom orang asal Thailand yang sedang berkayuh pulang. Dah takdir jumpa rakan baru, pulak tu atas Jambatan Persahabatan! Terbaik!!


Laluan atas jambatan ni kecil. Muat-muat sebuah kenderaan sahaja. Kena hati-hati lah kalau nak parking basikal kat tepi untuk bergambar. Nak lepas border keluar Thailand dan masuk Laos agak mudah dengan basikal. Setakat ini kami takda masalah lagi dengan Immigration di kedua negara.


Masuk Laos je macam ada satu perasaan yang lain. Orang puteh sebut, 'Atmosphere'. Jalan raya pandu sebelah kanan, persekitaran jalan yang berdebu bagai tiada yang ambil peduli. Orang-orangnya rilek belake.. seperti tiada apa yang berlaku, buat hal masing-masing.

Kehadiran kami juga seakan menjadi kebiasaan dan tiada yang istimewa dengan 'basikal dan bagasi'. Paling menyedihkan, signboard kurang dan tak banyak membantu. Semua tertulis dalam bahasa tempatan.


Perjalanan ke bandar Vientiane mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk kayuhan sejauh 20km. Tiba di bandar, kami singgah di kedai poskad dan cenderamata. Hari ni ROS nak hantar poskad pada kawan-kawan.. 


Port istirehat yang kami pilih di Vietiane di adalah Sihome Backpackers Hostel. Setakat ni, yang kami ada hanyalah alamat; '028, Sihome Road (near furniture store), Vientiane City Center'. Bapak susah nak navigate Jalan Sihome ni!!! Pusing punya pusing tanya punya tanya.. last sekali takdir juga yang menemukan kami dengan tempat ini. Serius.. macam nak giveup pun ada siot! 


Nak ikutkan kalau pandang pintu masuk, gayanya memang tak semenggah seperti yang digambarkan dalam Google. Tapi lepas masuk ke dalam, pergh!! baq hang.. barulah nampak konsep yang dibawa. Street-style, true backpackers punya taste! Mat salleh bergelimpangan disini pada ketika kami tiba.



Pompuan yang sweet ni tak pasal-pasal jadi model untuk membezakan antara topik gambar 'Yang Cantik dan Yang Jelik'. Kalau tak tegur ni memang dia buat bodo baca buku. Mintak tolong ambikkan gambar kitorang, dia mula senyum dan berborak.. Alahai sweetnyaa..


Mamat kat gambar atas ni pula namanya Iurii. Dia solo touring daripada Russia, Gila gempak! Tengok badan dah sado semacam sure basikal dengan tayar besar dan beban beg yang dibawa tu macam kacang jer dia kayuh. Siap bawa tayar spare lagi. Hope turun Malaysia nanti dia contact-contact lah bole la bawak jenjalan.


Di sini.. di Vientiane, kami dah tanam hasrat nak tidur dengan 'sedikit keselesaan'. Bukan apa.. dah sampai target, tak sanggup pulak nak bergelandangan tidur di jalanan. Harga dorm pada ketika ini beserta breakfast adalah sekitar 45,000 Kip. Dorm pulaj ada Aircond lagi tu.. Depa tak tauuuu.. Mai la sini baru tau camne Sihome Backpackers Hostel!

Comments

Popular Posts