Chapter 38: Merlip Salut Coklat

Berbasikal daripada Khon Kaen ke Udon Thani. Kata orang Udon Thani ni best. Banyak tarikan pelancongannya. Lokasi yang terletak berhampiran sempadan Laos juga merupakan faktor utama kerajaan membangunkan kawasan ini.

Tapi itu semua kata orang lah.. Kami belum sampai lagi. Tengok apa cerita pulak hari ni nak menyampai ke Udon Thani.


Fuhh dekatnya Udon Thani, lagi 56km sahaja. Tapi gambar ni diambil pada waktu matahari memacak di atas kepala tadi. Hari ni, kayuhan kejam 100km kembali lagi! Padan muka semua..


Sepanjang jalan hari ni Am dok layan iPod dia jer. Anti-sosial sampai la habis bateri. Kejap dok belakang kejap dok depan layan kayuh santai. Dah tau nak mengadap 'flat-road' konon.. terik mentari dan PTT yang entah berapa jauh pun tak tau.



Last PTT kami lalui masih awal pagi, kami pun baru lepas sarapan. Takkan nak berhenti makan lagi kan? Kalau kome nak tau.. kami cakayan dari pagi sampai ke pukul 11.00 pagi sebijik PTT pun tak jumpa! Di ketika tekak kekeringan, peluh mencurah, nasib baik ada kedai jual air kelapa. MasyaAllah! Ambik kau.. sorang 2 bijik pun rasa tak cukup.


Dalam meniti perjalanan seterusnya, kami berhadapan dengan cabaran jalan yang baharu diletakkan lapisan tar. Kami tidak berani untuk berbasikal di kanan jalan kerana hanya satu laluan sahaja ditinggalkan dengan bilangan kenderaan yang bertumpu pada satu laluan.



Inilah keadaan basika Merlip yang di salut coklat. Melekit sampai tak boleh nak gerakkan tayar, nak tolak pun tayar dah tersangkut pada swingarm. Ditambah pula dengan ruang bunga tayar yang besar menyebabkan lebih mudah debu dan tanah melekat pada tayar.

"Am dan Uda dah jauh ke depan... Kayuhan dorang sepantas kilat. Macam maner ni? Nampak gayanya kena buat sorang-sorang ni.", keluh Mus bersendirian tatkala beliau tertinggal di belakang.

Mus kemudiannya berhenti di kedai tepi jalan, bukak tayar depan blakang, order air sejuk dan memulakan aktiviti mencungkil coklat. Hampir 3 jam mengerjakan tayar tersebut, baru lah dapat bersihkan sisa-sisa tar yang melekat tu. Walaupun tak cukup bersih, asalkan boleh jalan bedal je lah! Kalau lambat lagi, pasti Am ngan Uda risau. Selepas siap memasang kembali tayar, tanpa berlengah Mus memulakan kayuhan dengan lajunya mengejar Ibnu dan Am yang jauh berada dihadapan, hampir 20 km jugak la baru bertemu kembali. Nasib baik diorang tunggu. Kalau tak, basikal solo la gamaknya sampai ke Vien Tien.

Pengajaran disini, kalau nampak tar hitam yang masih melekit kat jalan, janganlah kental sangat nak meredah. Merana nanti wooo...

Pesan Mus, "Kalau nak cuba tayar basikal bersalut coklat, boleh ler cube ye?"



Hari ni konon nak kayuh sampai Udon Thani, tapi disebabkan hari dah lewat malam dan jarak ke bandar Udon Thani pun lebih kurang 20km lagi.. kami buat keputusan untuk merempat kat stesen minyak sahaja. Kena pulak ada tempat merebahkan badan yang best dan selesa, ada capaian WiFi percuma pulak tu. Maka di Coffee House ini kami melabuhkan punggung!

Comments

Popular Posts