Chapter 35: Nakhon Ratchasima


Menuju ke Nakhon Ratchasima yang jauhnya 90km daripada Pak Chong. Haiya berapa kali mai jumpa signboard "Welcome to Nakhon Ratchasima" daaaaa? Mau kasik kita mental ka?


Meskipun jalan berbukit perlu di redah lagi, peluh kami dibalas dengan pemandangan yang cukup indah. Ketika melalui kawasan empangan Lumtakong kami terlihat segerombolan haiwan seakan kerbau dari jauh.

"Moh pi masuk sana tengok dari dekat? Macam ada jalan masuk je kat depan."



Tu dia! Dengan basika kami berkayuh lebih dekat untuk melihat keindahan pemandangan tasik dilengkapi segerombolan haiwan yang masih tak diketahui samada dipelihara atau liar.

"Nak kata kerbau tapi tanduk tak macam kerbau. Ini dah macam seladang pun ada ni."

Lepas kena kejar dengan 'kerbau' kami terus blah menuju ke Lumtakong Service Area. Kawasan rehat dan rawat sini hanya ada gerai penjaja, pondok istirehat dan kemudahan tandas sahaja.




"Nak ikutkan ke Nong Khai ni 4-5 hari dah boleh sampai. Tapi makin dekat makin banyak pulak cabaran."

"Dengan panasnya, jalan naik bukit, makan halal susah nak cari."

Mus bukan merungut tu.. tapi memang fakta yang ternyata satu kebenaran. Jarak ke Nong Khai tinggal 400km sahaja lagi. Kalau kira 100km sehari boleh la sampai dalam 4 hari. Persoalannya mampu ke kami nak 'cakayan' 100km sehari dalam cuaca panas terik ni?


"Preeettt..preeet!!"

"Am kau tengok tu pakguard datang nak halau. Aku dah agak dah..", kata Mus sambil mulut muncung ke arah pakguard.

"Mana? Biar dia datang dekat sikit.", poyo gila ayat.. saje nak nganjing pakguard tu jalan jauh sket.


Lepas percubaan tidur hammock di taman 'syurga' gagal.. tengok ni cian kat Mus tido atas meja je kat kedai makan. Kami berehat seketika, orang puteh cakap "Power Nap!". Pukul 3 petang baru sambung cakayan.


Akhirnya lepas pulun kaw-kaw kami berjaya tiba di bandar Nakhon Ratchasima. Kehadiran kami diterima di Masjid Al-Ridwan(Nana). Makan malam pun pak imam tolong masakkan. 🙏🏻👌🏼



Comments

Popular Posts