Chapter 27: Panasonic di Chumphon


Inilah tempat tidur kami semalam. Disini ada tempat mandi, kedai makan halal, stesen minyak dan gerai serbaneka. Geng-geng lori banyak lepak sini.

Nasib kau baik basika Panasonic. Kalau tak, mau kita teruskan misi lagi semalam untuk mencari tempat bertenang.


Selepas sarapan, lebih kurang jam 8.30 pagi, konvoi basikal sesaran 3 kuasa kuda mula bergerak menuju Chumphon. Dengan harapan sampai je kedai dah buka. Target kami dalam 1 jam dah sampai depan kedai basikal.



Lepas basika Panasonic tukar rim, nak keluar dari Chumphon kami potong masuk jalan kampung. Itu dia jalan comei baq hang!! Di jerkah segerombolan 'hanjing' dan akhirnya... Masuk jalan berlumpur tanah merah, tanah coklat semua ado.




Basikal berlumpur baru la nampak macam mengembara yer dak? Tapi pelik apa pasal basikal Panasonic tak kotor sangat layan offroad tadi? Demmit!

Hari ni kami nak layan kayuh sampai jumpa rest point area yang selesa. Ada nampak signboard 44km Khao Pho Service Area. Harapan dapat sampai sana la malam ni.

Namun begitu, lebih kurang pukul 7.45 malam kami nampak port stesen minyak  lampu lip lap di seberang jalan. Tanpa membuang masa, target Khao Pho pun ke lauttt.


Tempat ni best jugak. Cuma bahaya nak cross highway je. Sini ada 7Eleven, Cafe Amazon, Tandas dan mesin urut kaki. Port kami tidur macam kelihatan kiosk kedai yg belum siap, ada lampu dan tempat ngecas. Yeay!

Comments

Popular Posts