Chapter 31: Cha-am ke Samut Songkhram

Kayuhan 100km bermula pada jam 7.00 pagi. Terpaksa tolak pelawaan sarapan di Masjid Yarulyasan, hantar bantal dan selimut ke rumah Bro Abbas dan tapau Sate Ayam dan Pulut sebagai bekalan perjalanan.




Bergambar bersama geng tabligh Cha-Am yang baru pulang daripada keluar berdakwah. Diorang memang sempoi.. 


"Meh sini dik, jangan la takut. Abang bukan ninja jahat. Ni la fesyen terbaru kalau nak tauu.."


Konsentrasi boleh terganggu bila Ninja hadir disisi mempromosikan makanan tempatan iaitu 'Bubur Nasi!'. Letak kicap ikan baru la best!!!



Tapi dak dua ekor ni apa peduli, depa bantai je telan apa sahaja depan mata. MasyaAllah, mulut macam boleh telan mangkuk besarnya...


Lepas sarapan terus kami maju ke hadapan. Target kami hari ni adalah ke Samut Songkhram sebelum matahari terbenam.

Tapi sebelum tu nak keluar daripada kawasan kampung ke jalan besar dan menuju ke utara Cha-am perlu layan 20km. Starting panas badan pagi ni lalu depan zoo dan layan jalan bukit-bukit. Hadapi dengan senyuman ajelah.

"Mak oii nampak bukit tu. Selamat pagi katanya.", Ibnu berseloroh.


"Kenapa kita berenti sini? Awat tak lajak depan lagi?"

"Aku ikut cakap korang tadi, lepas simpang Cha-am kita rehat.", balas Mus.

Terasa singkat pula perjalanan pagi ni layan 20km. Tapi lepas pukul 10.00 pagi, terasa siksa pulak kayuh dalam cuaca yang sangat panas. Macam jerebu pun ada. Banyak kali juga berenti rehat. 

"Cari port tidur best jugak ni. Mengantuk.", cadang Ibnu.


Masa aku dan Ibnu lepak kat PTT, Idea datang singgah. Hajat nak tidur tak kesampaian juga. Ada hikmah disebalik kejadian. Dekat 1 jam rasanya kami berdua lepak di PTT di Phetchaburi.


"Aiii.. lain macam laju si Mus ni Uda?"

Ada suatu ketika hari ni, aku dan Ibnu tertinggal atau ditinggalkan oleh Mus. Jauh gak rasanya. Kayuh berpuluh kilo baru jumpa kembali, itupun habis full speed. Tak silap jumpa di PTT lepas Nong Chumphon.

"Jilake betul, dia balas dendam ke hari ni?", bisik hati aku sambil layan berkayuh lihat permandangan sekeliling.

"Mana korang pergi? Dah 2 kali makan aku tunggu korang!", kata Mus pada kami sejurus bertemu.


Nak ke Samut Songkhram ni kami ambik exit Route 35. Kalau terus ikut Route 4 akan menuju ke Bangkok. Malam ni kami dah plan tidur masjid di lokasi pilihan.


Disinilah simpang nak ke masjid yang kami cari-cari. Perlu masuk ke dalam kampung lebih kurang 4km barulah boleh  jumpa kampung muslim yang ada masjid.




Inilah Masjid Damrong. Sedang dalam proses renovation membesarkan masjid. Masa kamk tiba kami tengok ramai budak-budak mengaji. Fikir-fikir kami nak rehat so kami cari tempat yang lebih privasi. Lepas tapau Pulut Ayam dan isi air dalam botol kami patah balik menuju ke sebuah surau kecil.



MasyaAllah! Kehadiran kami disambut baik oleh penduduk kampung disitu. Siap bagi makan Som Tam, Udang Goreng Manis, Mee Goreng dan Nasi Ayam! Alhamdulillah.


Hari ni dalam sejarah di Thailand! Mus kena petik untuk adzan Isya'. Chayok! Chayok! Mustakim Sedek aka Siratul Mustakim.

Comments

  1. Tibe2 pak imam suruh azan...apa lg layan...bdk 2 org tu mmg supporter pak imam...apa pom tak boleh...

    ReplyDelete
  2. wah tahniah barakallah...bakal imam siam nih

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for visiting our travelogue website. Your feedback, reply or comment much appreciated in advance.

Popular Posts