Chapter 26: Basika Dah Mental

Jemaah tabligh di Lamae sangat kental, seminggu tunggu orang kampung bertandang ke surau. Sabar menunggu sampai hari Jumaat. Kami sempat sarapan pagi bersama mereka sebelum menyambung perjalanan. Hujan lebat pagi ni di Lamae. Dah cuba hikmat 'alih' awan gelap, tapi misi tak berjaya. Hujan rahmat, syukur.


Gambar bawah ni la tayar baru basikal Merlip. Dalam keadaan terdesak, apa pun kena terima. Salute pada orang muda Thai di Lamae yang sanggup tolong ke hulu hilir sampai ke malam nak settlekan perihal tayar ni. Hulur duit pun tak mau terima.. 


"Basika ko paling rojak sekali Mus.. body road bike, tayar mountain bike, seat touring henjut-henjut, handle butterfly, hub tayar shimano deore xt..", sakat Am.

"Takat Laos pejam mata leh sampai.. London boleh lajak lagi", kata Ibnu.

Hari ni aku nak up gambar poyo. Aku tak kire, Mus ngan Ibnu kena setuju. Sebab apa? Depa tak tauuuu..


Pagi ni kami terus berkayuh ke Luang San yang jaraknya lebih kurang 25km dari Lamae. Kena cari kedai basikal jugak nak tukar bearing depan basikal Ting-ting dan cari tayar belakang untuk Merlip.




Desa Lamae ni agak besar, ada 2 kedai basikal kami jumpa. Kedai apek dan kedai lengchai. Nak mudah cari kedai ni kena tanya orang tempatan. Hari ni basikal Merlip dapat kaki baru, depan saiz 1.9 belakang saiz 1.75 (jangan gelak! janji bole jalan).


Dalam perjalanan melepasi daerah Sawi, terkejut kami tengok buah durian besar macam nangka! Lepas kawasan ni la jadi tragedi baru, basika legend Panasonic pulak bikin masalaaaaa.. Ini kali kes tayar meletoppp! Sampai rim pun bengkok!!


Lepas tukar tiub, basika Panasonic kembali beraksi. Kalau tengok dari belakang.. tayar pusing macam goyanh gerudi. Hahahha.. tapi takpa tuan dia mental kuat, Ipoh Mali Tada Gentar!!!


Lepak kat RnR, di godek-godek rim, ketuk-ketuk sket, gosok-gosok sket.. mana la tau boleh 'betul' balik. Mana maunya ketuk pakai playa. 

"Ada hikmah ni kita kat sini. Kita berenti solat sini lah, mana tau kot2 Uda zikir 5000 kali boleh 'betul' balik rim tu."

Selesai solat kami teruskan perjalanan menuju ke Chumphon. Memandangkan banyak masa kami luangkan untuk baiki basikal dan hari pula semakin senja, kami bercadang tidur gelandangan sahaja.


Nasib ada RnR Caltex yang agak selesa di pertengahan perjalanan. Kami crash kat sini sahaja. Lagi 20km nak ke Chumphon. Buat pertama kalinya hammock kami dapat digunakan! Disini merupakan tempat drebar lori bermalam. Ada restoran halal, bilik mandi dan 7Eleven.



Comments

  1. Enjoy the journey.... Experience cannot buy..make me jealous haha...

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for visiting our travelogue website. Your feedback, reply or comment much appreciated in advance.

Popular Posts