Chapter 37: Sida to Khon Kaen

Such a flat road from Sida to Khon Kaen by bicycle. Yes! We will enjoy this journey until we reach Nong Khai in the next few days.

Selepas beberapa jam berkayuh.. takda maknanya 'flat road'. Kot jumpa mamat basika semalam tu mau kita langgar dia dengan basika ni berkali-kali. Pagi sampai ke tengahari bebukit-bukit sampai tak terlayan dah ni. Azab siottt..



"Apa yang korang buat ni syaitonnn?? Cakayan di tengah panas ni? Makan rumput la best!"

Mungkin ini yang bermain di benak fikiran lembu yang berkepala kecil dan bertelinga panjang ini. 


"Babi sumbat satuuuuuuu!!"

Nak buat macam mana.. terliur ada gak melihat daging sumbat ala-ala sosej ni, tapi ini semua tak halal untuk dimakan oleh orang Muslim. Tengok ajalah..


"Macam sedap je binatang ni. Tapi bila bau ada masam-masam sket.."




Perjalanan hari ini menemukan kami dengan HOS, kawan kepada ROS, si Travelling Beruang kepunyaan Ibnu. HOS ni kuda yang kecil, maybe inilah orang panggil Kuda Padi kot?


Selepas berpuluh kilometer (rasanya) kami berkayuh, akhirnya pada jam 12.30 petang kami terpaksa mendarat di sebuah pondok di kawasan ladang ubi.

"Diorang ni lupa pasang signboard PTT la kat sini", kata Ibnu.

"Setiap tempat bergantung pada kebijaksanaan pemimpin. Sini punya leader macam Ahmad Maslan kot? Dapat 3 pointer je.. Hok lain 4 pointer!", jawapan sarkastik daripada Am.


Kami tiba di PTT seterusnya pada pukul 3.00 petang. Bapak jauh jaraknya dengan PTT sebelumnya. PTT ni terletak selepas simpang masuk ke $&@&&&. Tak ingat la tapi jauh lagi nak sampai 'Kokain'.


Ending kami hari ni.. crash di PTT Khon Kaen. Nak ke masjid lagi 13km, kat sini jam 6.30 petang dah consider malam. Ada la port merempat tapi tak best macam di stesen Caltex. 

Comments

Popular Posts