Chapter 39: Udon Thani ke Nong Khai

Hari ni lepas subuh kami dah siap packing untuk ke Udon Thani. Ada terfikir nak terus masuk border hari ni jugak.. Kita tengok la dulu sampai mana hari ni.



Sampai ke Udon Thani pukul 9.30 pagi, nak cari mercu tanda tak jumpa-jumpa, so kita posing depan universiti pun kira ok lah kan?


Besar jugak lah bandar Udon Thani ni. Tapi kami tak berkesempatan nak tengok apa yang ada disekeliling kawasan. Rushing la katakan. Target kami nak sampai ke Nong Khai. 


Kami tak singgah lama di Udon Thani, kalau boleh nak cepat-cepat tengok signboard Nong Khai dan Vien Tien. Jadi perjalanan diteruskan walau dalam keadaan panas terik. Al maklum semangat tengah membara...


Namun semangat tu sekejap je beb! Dalam pukul 11.00 pagi, wujud pulak pondok atap kuning ni, tiba-tiba je rasa macam nak lepak-lepak lelapkan mata. Berhantu siot pondok bas di Thailand ni.


Kami tidur sampai pukul 12.30 petang macam tu. Orang tua-tua kata, "Tak elok keluar main tengahari..". Pada kami pukul 12.00 walau dimana jua anda berada merupakan waktu tengahari. Mueheheh..


Dapat 'Power Nap' kejap, bila kayuh rasa laju je. Lepas sejam maka sampai la ke mercu tanda pertama 'Welcome to Nong Khai'. Kemudian disusuli dengan signboard besar sempadan.


Dalam pukul 3.00 petang macam tu, kami singgah sebentar di Masjid Al-Mustakin. Kalau nak ikut tanda batu, lebih kurang 10km sebelum bandar Nong Khai, dan buat masa ini.. Masjid ni merupakan satu-satunya masjid di kawasan Nong Khai. Kalau plan nak bergelandangan, sini terbaik.. Tapi kami dah terlepas ke bandar. 






Selesai solat, kami buat decision bermalam di Nong Khai sahaja. Since hari dah lewat, nak ke stesen keretapi lagi untuk check tiket, nak cross border makan masa jugak. Lagi sekali, gelandangan la jawabnya. 


Kedai halal pertama kami jumpa. Singgah makan sini layan perut Mus. Agak mahal kalau anda travel dengan bajet ciput macam kami. Servis memang tip-top kalu korang makan kat kedai ni.




"Perghh.. kering je air dalam gelas diorang terus top-up. Lain macam kedai ni, siap bukak botol mineral baru"

Memang betul apa jangkaan kami. Mus makan nasi, sup podeh ala Laos, popiah goreng, Am order air Lemon Tea, Uda minum air kosong je.. dan beberapa cawan air mineral.. Semua B$305, amek kawwww!!

Lepas makan, kami terus shoot ke Railway Station beli tiket balik pada 20hb November. Kos pulang naik tren untuk tempat tidur 2nd class daripada Nong Khai sampai ke Butterworth lebih kurang B$2000/seorang. Settle!


Lepas tu, kami pusing-pusing Nong Khai mencari sumber makanan halal. Meskipun petunjuk daripada blog hanyalah sekeping gambar, mungkin takdir dah ditentukan untuk kami menemui kedai ini. Pada yang nak berkunjung ke kedai makan ni di Nong Khai, disertakan alamat dan nombor telefon kedai. Owner kedai boleh cakap bahasa Melayu, English, Urdu dan Thai. Gempak tak???


Selepas makan, maka tibalah masanya untuk cari tempat nam crash! Malam ni Mus bawa kami ke taman rekreasi awam Nong Khai. Syukur takda orang halau kami.. kemudahan tandas pun ada. Tidur atas pentas pun boley... atas balapan pun boley...




Comments

Popular Posts