Chapter 24: Rehat dan Rawat

Bukan saje-saje kami nak lepak sehari lagi di Surat Thani. Sudah 8 hari berkayuh, bukan setakat badan nak rehat, basika-basika kami pun sama je macam tuan mereka.

Misi utama hari ni adalah memantapkan basikal merlip dan ting-ting. Hajat nak cari fender mudguard macam basikal Uda. Musim hujan macam ni kalau takda menatang tu mau badan dan basikal kami berselimutkan pasir dan lumpur.

Setakat ini kami dah jumpa 4 kedai basikal, tapi hanya satu kedai yang ada jual mudguard. Cuba mencari 'Chromo Plastic' namun yang ada hanya Vincita buatan Thailand. Setelah nego dapatlah B950, harga special katanya.




Itu dia tauke yang manis. Kedai fixed price katanya. Untunglah kalau jumpa orang kaya harta, kami mampu berbahasa sahaja.


Sebelum pulang ke masjid selepas dapat mudguard baru, kami singgah di jeti awam sekejap. Tengok apa yang ada.. Setakat yang kami tahu, 'ferry kayu' ke Koh Phangan ni berharga B350 seorang untuk satu perjalanan selama 7 jam lamanya. Depa hok naik ni mesti tak tau kan? Gerenti mabuk punyalah..





Antara kedai-kedai makan yang ado di sekeliling kawasan masjid, pasar dan jeti awam. Ada beberapa kedai lagi yang tak sempat kami singgah.

Lepas makan malam Mee Daging yang sedap, kami pi lorong pasar berdekatan jeti awam tapau Pulut Ayam untuk sarapan esok pagi. Nak gerak awal esok ni... Selamat malam semua~


Comments

  1. Dah pernah naik feri kayu tu g Koh Pha Ngan. Sapa kata mabok ? Best gile. Ada tilam dan katil kayu yg disusun siap ada nombor sperti dlm tiket. Bila feri gerak boleh tidor smpai suboh. Traveler low bajet terutama Farang mmg akan naik feri ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for visiting our travelogue website. Your feedback, reply or comment much appreciated in advance.

Popular Posts