Chapter 32: Bypass Bangkok

Samut tu maksudnya Semut. Semangat hari ni lain macam, lepas subuh terus packing nak gerak keluar. Nyamuk sini memang power, kami tidur depan kipas pun depa leh terbang buat serangan Kamikaze! 


Lepas masuk jalan besar kembali, perjalanan kami antara Samut Songkhram nak ke Samut Sakhon merupakan satu dugaan. Dengan keadaan jalan raya yang masih dalam pembaikan, cuaca yang panas membara bak matahari terpacak di kepala sepanjang masa.

"Kenapa hari ni lain macam panas doh? Pewai dohhh.."



"Cemana diorang buat garam macam ni?  Coklat je yang tempat-tempat kering tu.", soal Mus.

"Entahlah diorang basuh kot?", jawap Am.

"Basuh cair la jadinya.", balas Mus.


Persolan perihal garam ni masih tak terjawab. Since kami pun sibuk berkayuh, snap gambar sekeping dua pastu blah. Panas baq hang!!!

Bila tanya orang tempatan rupanya kawasan tengah Thailand memang panas sekarang. Hanya di bahagian Selatan dilanda hujan.


Hampir setiap PTT kami berhenti rehat kali ni. Masuk tengahari tak tahan punya pasal, kami cari port tidur. Sejam lebih layan tidur best woo.. Bawah pokok pulak tu.


Selepas menginsafi dan berserah pada takdir, doa kami dimakbulkan untuk melengkapkan perjalanan sejauh 100km dengan bantuan kelajuan cahaya sekali lagi. Saudara Aree muncul menawarkan talian hayat pertama untuk kami di bumi Thailand ini.


Pada saat kritikal ini Saudara Aree membuat tawaran yang sukar untuk ditolak. Beliau menumpangkan kami dan menghantar kami ke kawasan perkampungan Melayu yang terletak di Ban Khlung - Khu Bang Luang, Pathum Tani.



Masjid tempat kami crash malam ni merupakan masjid tertua dia kawasan ini, Masjid Rahmatullah yang berusia lebih kurang 290 tahun (kalau tak silap). Kami diberi peluang untuk tidur di dalam bangunan masjid lama yang sedang dibaik pulih ini. Thorbaik!




Comments

Popular Posts