Chapter 29: Tengkuk Thailand




Hari ni 8 November 2015, hari ke-15 kali berkayuh lepas 'flag-off'. Dah sampai Prachuap, tepi pantai.. best, tapi tak sempat nak layan lebih-lebih. Pagi ni semua tak mandi. Lepas layan sunrise, kami sambung perjalanan.

"Satu kedai makan halal pun tak jumpa kat bandar ni. Kita cari PTT on the way lah malas aku nak patah balik.", kata Mus.


Nampak bukit-bukit sana? Itulah sempadan Myanmar. Hari ni laluan kami banyak landai dan pemandangan bukit dan padi. Yeke padi? Macam lalang pun ada!


Antara bandar yang kami akan lalui adalah Khui Buri. Sebelum sampai situ banyak betul lalu 'Ban'. Setiap 'Ban' nak lepas lebih kurang 15-30 minit berkayuh.


Nak dekat matahari terpacak atas kepala baru la kami melepasi simpang ke Kui Buri. Sebelum sampai simpang ni ada Balai Polis yang sediakan tempat rehat untuk cyclist. Ada tandas dan shower.

"Mana Mus?", tanya aku pada Ibnu di Balai Polis.

"Dia dah gerak ke depan.. tak sabor nak sampai Bangkok!"



Kami singgah di PTT Khui Buri. Kawasan rehat ni besar dan sibuk, tapi tak berapa sesuai nak crash gelandangan. Takda port merempat yang privasi. So kami hanya berehat disini update apa yang patut.




Lepas sejam berkayuh kami tiba di Sam Roi Yot, Pran Buri. Di pekan ni ada satu kedai beskal tepi jalan. Kalau nak cari kedai makan halal, perhatikan stesen minyak warna biru logo nenas. Dalam tu ada kedai makan halal. Harga pun murah-murah je. Cuma tokey tak boleh cakap melayu je la..


Bersungguh Mus jadi Navigator. Ko cakap apa pun kami ikut je Mus oiii.. jangan suruh shoot ke Bangkok sudah ler. Mau meletup lutut ni.


Next destination kami adalah Masjid Yarulyasan yang terletak di Cha-am. Tengok dalam Google besar dan cantik masjid nya. Tak sabar nak kesana.

"Nak ke sana ikut Cha-am lah.. banyak mat salleh sane.. bangunan tinggi-tinggi."

"Lalu highway ni apa pun takda, jalan dan sesak macam ni la.", kata pakcik di kedai nenas.

Nak ke Cha-am ni kena lalu Hua Hin. Ingatkan bandar kecil, rupa-rupanya besar dan mewah. Siap ada water park lagi.



Sempat lagi hari ni bersosial dengan cyclist lain di kawasan Hua Hin ni. Ramai rupanya orang berbasika. Kami sempat singgah di Rajabakhti Park, memorial raja-raja Thai. Free of Charge jer.


"Mus ko biar betul ni jangan patah balik Chumphon memang aku moles ko malam ni. Penat aku kayuh sampai malam ni wehhh."

"Habis ko ingat aku tak kayuh?", balas Mus yang tengah fokus mencari masjid.

"Insyallah ada tu kat depan tu, dah nampak lampu-lampu tu", Ibnu pi bagi suntikan positif la pulak.


Lastly kami sampai gak Masjid Yarulyasan pada jam 8.00 malam. Setakat ni lokasi masjid paling jauh dari jalan utama adalah masjid ini. Jemaah baru habis solat Isya'. Nasib kami sampai awal sebelun pintu pagar dikunci/ditutup.



Jauh dah rupanya kami berkayuh. Kasut basah tak sempat kering sampai kaki jadi kecut makan dek ulat ayor pun ada dah ni! Esok hari membasuh dan mengeringkan kaki, merehatkan otot, memulihkan mentallll..


Comments

Popular Posts