Chapter 23: Surat Thani! Kami datanggg..

Secara purata kami berkayuh setiap hari ada lebih kurang antara 80 hingga 100km. Jarak antara Na Bon ke Surat Thani mengikut batu jalan tak boleh nak percaya sangat. Depa pun pening macam orang Malaysia. Depa tak tauuu..

Lebih kurang 3-5km daripada tempat kami tidur ada sebuah kedai basikal yang terletak di sebelah kiri jalan selepas traffic light. Tak sempat singgah, pandang je..


Singgah di gerai Hamidah yang terletak di pintu depan Raja@&%#£ University of Technology. Hamidah ni boleh cakap Melayu sikit-sikit, umur 27 dan masih single. Yawww!!!




Bala.. bala.. bala.. Tayar basikal ting-ting pancit pulak depan kedai Hamidah. Lepas makan Nasi Beriyani, kami sama-sama operate tayar basika ting-ting. Pergh! Baru tau isi dalam tayar 1.5 ni pakai tiub saiz 1.95, boleh ek?



Tiba di daerah Wiang Sa, singgah kat tempat yang kami faham hanyalah ayat Service Center. Ingatkan pusat maklumat pelancong, rupa-rupanya JKR!! Ada surau kat sini, dan tandas. Abg polis pun ramah walau tak reti cakap bahasa isyarat. Demmit! Tapi takpa depa bagi peta free, 'bahasa Thai'. Apa pun tak boleh, itulah.. Depa tak tauuu~


Sedang berkayuh boleh pulak nampak kewujudan Transpormers kat stesen minyak seberang jalan. Pa tunggu lagi? Let's cross the highway geng! Rare niiii..

"Sekarang kita nak masuk Surat Thani ke tak nak?", tanya Am.

"Kalau tanya Uda.. dah alang-alang jauh berjalan ni..", jawab Ibnu.

"Nak ke Surat Thani ni kena keluar dari jalan utama, 28km jauhnya. Kita lepak 2 malam kat sana. Amacam?"

"Bereh.."

Semua bersetuju dengan cadangan tersebut. Kami buat keputusan muktamad layan Rest & Recover di Surat Thani.

Kami berpindah daripada Route 41 kepada Route 44 dan seterusnya Route 4009. Layan Route 44 menghala Surat Thani punyalah lurus macam highway Port Dickson. Pokok bunga kiri kanan jalan, dan lagi... ada Transpormers jugak!!! Allak banyak Transpormers ni?? Kalu tau tak taruh nyawa lintas highway tadi!


Nak menyampai ke bandar Surat Thani ni memang bercinta jadinya. Jauh siakkk! Bandar besor la katakan..



Yeah! Akhirnya sampai bandar Surat Thani. Ramai pulak jodoh kat sini. Bergetar rusuk ni tengok anak orang putih melepak senyum manis alahai macam korea pun ado ni..


Nahhhh akhirnya tiba sebelum maghrib! Masjid yang tersorok di kawasan perumahan tengah bandar. Landmark Makro, 3BB, Google Map dan juga signboard kecil gambar masjid. Mata kena tajammmm...


Alhamdulillah kehadiran kami sekali lagi dipermudahkan. Dapat green light bergelandangan disini. Masjid besar, tapi makmum tak ramai, kurang lebih 15 orang.

Comments

Popular Posts