Chapter 33: Sara Buri

Masih lagi maintain pada Route 9, kemudian masuk ke Route 1 (AH1).



Sebelum gerak tadi, kami layan makan Nasi Kerabu (Asli Thai) dan tapau Pulut Ayam sebagai bekalan perjalanan.


Lawak tulla pakcik baju putih berkain pelikat! Orang sini semua best-best sambut orang luar. Especially geng-geng tua, sebab diorang je yang boleh berbahasa Melayu.

"Hok tua-tua ni benih belajar ngaji di Pattani dulu.. belajar jawi. Habis kami, takdalah lagi nanti."

Agak sukar sedikit nak faham kalau tak proses betul-betul ayat yang diorang pakai. Ada campuran loghat Kelantan-Kedah. Bukan bahasa Melayu baku yer? Harap maklum.



Masa kami lepak di stesen minyak, ada sorang auntie ni sangat curious dengan kami. So borak punya borak dapat la epal merah sorang 2 biji dengan biskut coklat. Makcik ni memang cool... Khop Kun Khap!!


Ketika berhenti rehat di Highway Police Station pulak, kami dijamu dengan Nescafe panas, pisang dan dapat 'tuala basah'? Gila gempak! Malaysia ado?


Akhirnya, lebih kurang jam 12.30 petang kami masuk ke sempadan Sara Buri. Mata mengantuk weh kayuh tengah panas ni. Seperti hari-hari yang telah berlalu, cari port tidur la pulak. Rehat sampai pukul 3.00 petang. Sikit lagi je nak sampai target hari ni. Lek luuu..


Teringat kata seorang sahabat,

"Kalau rasa nak ambik gambar, teruskan sahaja. Kalau biar nanti menyesal."






"Awat nombo batu jalan ni 362 Mus? Patutnya Route 2 kan?"

Haaa sudah! Rupa-rupanya kami masuk simpang awal sangat menghala ke Nakhon Ratchasima. Sepatutnya maintain ke Sara Buri lagi.

"No turning back...", kata Ibnu pula.


Perjalanan kami off-track daripada laluan asal, jauh sikit je tapi punya pemandangan yang marvelous dan trafik juga kurang berbanding jalan utama.


Malam ni kami crash di kawasan PTT Route 362. Nasib ada kedai halal disini jual nasi berlauk, sup daging dan nasi beriani. Cuma tempat bergelandangan je takda. Gedah je lah celah2 bangunan..

Comments

Post a Comment

Thanks for visiting our travelogue website. Your feedback, reply or comment much appreciated in advance.

Popular Posts