Chapter 22: Phattalung ke Na Bon

Kembara 3 sahabat pada hari ini akan menuju ke Thung Song. Target jarak kami lebih kurang antara 80-100km. Kalau semalam kami ikut Route 4, nak ke Thung Song jalan kami lalui adalah Route 41 kerana Route 4 menuju ke Trang.


Selesai breakfast di kedai makan anak Haji Hussin yang terletak di kawasan pasar di pekan Phattalung, kami meneruskan perjalanan. Mespikun hujan, kayuh tetap kayuh!






Dalam perjalanan di Route 41 ni boleh pulak wujud sebuah cafe ala cowboy town, 'Route 41 Steak House'. Sebab environment cafe ni sangat awesome kami ambil kesempatan untuk bergambor sakan. Lain kali bila ada duit baru kami singgah makan.


Hujan lebat baek punya hari ni! Layan tidur dulu. Letih bak hangggg!!!!


Route hari ni sebijik macam Genting Sempah. Kebetulan masa tiba di Bike Cafe, banyak pulak kereta hon tang corner. Jenuh mencari apa pasai depa hon? Pembelajaran hari ni, kalau ada orang hon-hon maksudnya ada temple lah tu kat kawasan tu.


"Apa benda la pulak basika ni bunyi semacam kat tayar depan", kata Am.

Nampaknya sepanjang hari ni basika dia ada problem bunyi ting-ting. Harap tak melompat atas bumbung jer. Susah nak jumpa kedai basikal rupanya pada hari ahad. Singgah workshop, diminyakkan ajer bearing tayar depan. Tapi bunyi ting-ting masih ada..

"Aku yang dok belakang pun dah naik pening bunyi basika ting-ting ni..", kata Uda.



Lepas kawasan kilang simen, kami singgah di kedai halal. Kalau nampak McDonald sebelah kanan, maka anda akan berjumpalah dengan kedai ini. Tauke boleh cakap Melayu, tapi harga makan mahal la pulak.

Kami tiba di simpang Thung Song agak awal, memandangkan esok nak layan 140km ke Surat Thani kami membuat keputusan untuk lajak perjalanan ke depan lagi. Mana nak berhenti?

Lepas berhenti maghrib di sebuah stesen minyak kecil di kawasan Na Bon. Kami teruskan misi cari tempat nak 'crash'. Kayuhan malam di kawasan ni agak berbahaya sebab jalan gelap. Lastly kami pilih untuk tidur di pondok menunggu bas, konon putus harapan nak jumpa dengan RNR yang lebih selesa.

"Aku rasa tak sedap hati lah", kata Mus.

"Kenapa pulak?", kata Am dan Uda.

"Kita kat tempat orang ni...", kata Mus.

Nak buat macam-mana. Bila mengembara inilah perkara yang perlu kita hadapi. Niat kerana Allah swt, niat yang baik dan bersedia dengan sebarang  kemungkinan.. Insyallah kita selamat.


Inilah pondok tempat kami crash. Gambar diambil pada awal pagi 2/11/2015 pada jam 0630.

"Alang-alang menyeluk pekasam, biar kayuh sampai malam", ayat Muz bila dah tahap mentalious.

Keesokkan harinya, kami bersiap sedia seawal mungkin kerana perjalanan masih jauh untuk sampai ke Surat Thani, lebih kurang 126km jauhnya.

Tak sampai 1km kami gerak, ada RNR Esso. Mungkin bukan rezeki kami untuk crash di situ. Huhu... port memang terbaik daripada pondok bas semalam.

Kami selalu terkena macam tu, padahal kat depan tu ada je yang lagi best dan macam-macam ado. Contohnya kedai halal. Ada hikmah di sebalik kejadian.

Comments

Popular Posts