Chapter 7: Test Power

Hari ni belek-belek jadual semua kosong. Takda apa yang nak dibuat dah. Bangun dah awal pagi dah. Tapi masih belum sarapan. Bila pandang basikal..

"Kayuh pi Port Dickson macam best je ni."
"Breakfast makan kat Mambau."

Maka dengan semangat yang masih membara, aku meneruskan latihan. Seingat aku, baru dua kali aku test berkayuh. Kayuhan pertama sekitar 12.5km manakala kayuhan kedua upgrade sket distance kepada 17.9km. Setakat ini kondisi badan masih mampu untuk menerima kayuhan sekitar 20km. Jadi, inilah masanya untuk aku Test Power lagi. Nak tengok setakat mana basikal ni, dengan tuannya sekali boleh pi, sebelum acara yang sebenar bermula tak lama lagi.

Tepat jam 10.00 pagi, latihan ketiga bermula.

"Cuaca best, baju dah basuh, rumah dah kunci, kain pelikat dan tuala dah sumbat dalam beg."
"Air je takda ni. Isi kemudian kat mana-mana tempat nanti lah."

Route yang aku nak ambil ni ikut laluan lama ke Port Dickson. Kena lalu Jalan Rahang, kemudian ikut signboard menuju Mambau dan Lukut, barulah sampai ke Port Dickson.

"Signboard Seremban 3!!"
"Singgah jumpa Anep ni ok gak ni. Leh breakfast sekali.."

So aku pun melencong masuk ke Seremban 3, menuju ke kedai Anep yang terletak di kawasan UiTM. Port student beb!

Lepas sampai ke muka pintu kedai Anep, harapan aku hampa. Anep takda. Datang lewat kata sorang brader yang sedang berkemas dalam kedai. Tanpa melengahkan waktu aku pun breakfast sorang-sorang denga harapan kecil Anep muncul sambil aku tengah makan.

Tunggu punya tunggu, aku makan dah habis lambat ni, Anep tetap tak sampai lagi. Payah betul nak jumpa dengan bos ni. Maka aku pun meneruskan kayuhan. Terus menuju ke PD tanpa menoleh kebelakang lagi.

Jalan lama ke PD ni sempit dan berbukit. Jadi kena banyak berhati-hati. Bila lori yang gabak-gabak ni lalu, menggigil gak tangan nak kawal stereng basikal. Kalau selisih dengan driver yang berhemah rasa selamat sikit. Tapi kalau jenis tak hirau orang lain, berdesup lalu tak lepas minyak langsung bila nak potong basikal. Syukur nyawa aku masih panjang.

"Alamak, lupa beli air nak topup dalam botol."

Terliur aku tengok orang jual air kelapa kat depan SMK Yam Tuan Radin.

Pekan Mambau dah lepas, lepas tu dah tak banyak kedai. Laluan kiri kanan semua ladang kelapa sawit. Layan jalan bukit naik turun naik turun. Masa ni aku rasa aku dah pandai sikit nak main tukar gear. Sambil layan kayuh sedar tak sedar dah nak sampai ke Lukut rupanya.

Sampai satu pekan ni, tengok orang jual air tebu, tekak dah tahan pulak. Layankan nafsu kejap. Singgah beli air tebu!! Aku layan air tebu ni kat simpang nak masuk rumah Jefri Anuar. Ada tanah kubur dan Balai Polis Lukut kat situ.

Kemudian aku teruskan kayuhan. Tak sampai 10 minit baru aku teringat nak topup air dalam botol. Jadi aku pun singgah di kedai serbaneka yang murah, 7E bukanlah satu pilihan ya? Sebenarnya bila sampai Lukut je aku rasa nak patah balik dah.

"Tapi.. tak gempak la kayuh pi PD tak sampai ke laut. Betul tak? Dapat snap gambar seketul dua boleh bako line geng-geng lain."

Kata aku dalam hati. Maka aku meneruskan kayuhan untuk menyampai ke laut.

Di sepanjang perjalanan ni aku ada toleh gak kiri-kanan. Mencari kewujudan kedai basikal. Sampai lah aku ke kawasan pantai, satu kedai basikal pun aku tak nampak. Apa orang PD tak suka kayuh basika ker? Tokey tak bangun lagi? Isnin cuti? atau aku yang terlepas pandang.

"Sini cukuplah, nak pi Teluk Kemang jauh lagi."

Aku singgah di port riadah pertama. Apa kenama Sea View? Aku pun dah lupa. Ada snap gambar sekeping lima untuk dijadikan kenangan. Bahan bukti ya jugak. Hehe.

Lepas tangkap gambar. Aku layan basikal tepi pantai. Lepas jalan elok dah habis.. Aku layan offroad kayuh atas pasir pantai. Nasib baik air surut. Kalau air pasang penuh tak dapek den nak nolong eyh!

Kemudian aku masuk balik ke jalan utama dan berkayuh pulang. Panas pantai membuatkan aku lebih dahaga, dengan kata lain, aku sebenarnya dah pewai! Perut lapar pulak, tak jumpa kedai makan yang berkenan di hati nak singgah. Jadi, aku pun meneruskan perjalanan pulang, tanpa menoleh ke belakang.

Setibanya di Balai Polis Lukut, aku singgah di masjid untuk beristirehat menyejukkan badan (mandi) dan menunaikan kewajipan. Badan panas-panas bila dapat mandi memang segar rasanya.

Kemudian aku meneruskan perjalanan dan akhirnya bertemu juga dengan kedai makan impian yang terletak di pintu masuk Taman Seri Lukut. Kedai bawah pokok ni lauk tak banyak pilihan. Tapi dalam keadaan letih ni sebenarnya makan ala kadar paling best.

"Am"
"Aku kt lukut"
"!!!"
"Meh makannn"

Terkejut gak aku terima mesej daripada Jepp. Tadi masa aku roger dia ada kat Seremban. Hajat nak jumpa lepak sama tu ada. Tapi apakan daya, nasi dah terhidang di depan mata. Lain kali lah kita jumpa yer sahabat?

"Sakitnya bontot!"
"Tiba-tiba rasa macam lemah je kaki-kaki ni."
"Adoiiiiiii..."

Keluh aku dalam keadaan hujan renyai-renyai selepas satu jam berkayuh. Bila dah melepasi jarak keseluruhan sekitar 45km aku merasakan stamina aku mula merundum. Faktor utama adalah akibat daripada kedudukan punggung yang tak stabil. Seat basikal aku ni tercongek sendiri. Nak kata aku ni berat sangat pun macam tak logik. Tadi masa kat Lukut aku ada berhenti singgah jumpa kedai basikal. Seat pun dah setting terbaik.

Aku pun berhenti rehat termenung nasib nak mendaki beberapa bukit lagi sebelum sampai ke pekan Mambau. Dua batang rokok aku isap kat bus-stop ni ajer.

Sepanjang perjalanan ni, aku rasa daripada tempat last aku isap rokok ni sampai ke Seremban merupakan satu jarak yang mencabar. Lemah lutut ni nak berkayuh kalau tulang bontot berdenyut. Aku cuba layankan perasaan. Tiap kali melepasi laluan mendaki, aku bunyikan hon! Masa tu aku rasa semua kesakitan ketika mendaki tu hilang macam tu ajer.

"Best practice ni!"
"Aku nak hon kat bebudak ni masa ekspedisi nanti.. kasi semangat!"

Akhirnya, tepat jam 4.40pm, aku selamat kembali ke rumah. Perkara pertama aku buat adalah basuh basikal. Nak hilangkan pasir pantai, taik anjing kot-kot terlanggar dan bersihkan kotoran daripada percikan air hujan. Kemudian aku periksa jarak pakai Google Map. Itu aje yang aku tau.

"37.6km darab dengan dua!"
"75.2km!!!!"

Patut lah aku merasakan segala cengkaman, dugaan dan siksaan. Dah jauh rupanya aku berkayuh. Tulang punggung aku dah terasa sakitnya meskipun tak sampai target 100km sehari seperti yang diangankan untuk mencapai Laos dalam masa sebulan.

"Lepas ni ko rasalah bontot melecet."

Sangat negatif tapi memang betul la kata-kata Muzammil tu. Seorang sahabat yang aku beri mandat teragung untuk setting basikal aku daripada 'basika' kepada 'basikal'. Maka dengan ini, tamat lah sesi latihan ketiga aku. Latihan seterusnya aku tak pasti lagi nak buat sejauh ni. Mungkin geli-geli aje kot untuk kekalkan stamina.

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang perjalanan aku menuju ke Port Dickson ni.

Gambar 9: Singgah tengok mural tepi jalan

Gambar 10: Sampai juga aku kat Port Dickson.

Gambar 11: Layan kayuh tepi pantai.

Gambar 12: Berlengas dek bahang laut.

Gambar 13: Kalau air pasang penuh tak sempat bergambar sini.

Gambar 14: Hero layan pewai sakit bontot.

Comments

Popular Posts