Chapter 17: Cinta Pantai Merdeka

From: Sg petani, permatang tembusu
Target: Kangar, perlis
Mileage: 113km
Ending for today: Kuala kedah

Telah bertahun lama
Tenggelam arus masa
Di dalam ingatanku
Masih segar terasa
Terkadang aku sama
Mengatur bunga cinta
Keadaan memaksa
Kita terpisah jua
Andainya aku berdaya
Kan kucoretkan untukmu
Sebagai kenangan kita
Kan ku buktikan untukmu
Akan aku buktikan
( Korus )
Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Di situ Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa
Cinta kita terurai
Oh! Indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...
Oh... oh...
( 1 )
Masih ingatkah oh kekasih
Biarpun kini kau di mana
Namun dengarlah lagu ini
Cinta kita di Pantai Merdeka
( solo )
( ulang 1 & korus )

Itulah lagu yg sering kami nyanyikan bila sampai di signboard Pantai Merdeka, Tg. Dawai dan Gunung Jerai.

Alhamdulillah, semua basikal dalam keadaan sihat sejahtera, tiada sebarang kerosakan.

8.30am - "Terlajak perahu boleh berundur, terlajak tidur, kite OT la malam ni", hehehe...mungkin sebab penat sangat semalam, pulun energy nak menyampai ke Permatang Tembusu. Jarak keseluruhan hampir 100km.

9.30am - Pagi ni ada yang belanja breakfast, kami makan Nasi Lemak Gulai Daging. Terbaik! Terima kasih brader Fauzul Husny, Farhan dan member komuniti touring yang sangat awesome kerana menyediakan kami tempat untuk bermalam dan mandi. Bila dah seharian berkayuh, dapat mandi dengan sempurna merupakan satu nikmat. Macam-macam kami dapat pelajari melalui perkongsian pengalaman daripada master-master touring yang dah banyak menjelajah daripada pusing Semenanjung sampai ke Borneo ni. Selesai sarapan, kami bersiap, tangkap gambar kenangan dan terus bergerak ke Kangar.

10.00am - Mr Teh ajak minum pagi di Lembah Bujang depan UiTM Merbok. Bila dah berbual memang tak ingat nak kene kayuh jauh lagi ni. Siap selfie lagi ngan Mr. Teh. Thank you, 'u mmg cantik mcm bunga'.


11.00am - Perjalanan bersambung ke Pantai Murni. Bukan sekadat nama, tapi route nak kesana pun memang sah 'murni'. Jalan landai sejauh mata memandang sampai lagu hujan oh hujan pon keluar. Pemandangan keliling sawah padi dan suasana kampung memang mnjadi perjalanan yg seronok. Sedar tak sedar cabaran jalan bukit ke Tanjung Jaga telah pun tiba. Punyalah banyak bukit, last bukit merupakan dugaan terhebat! Apa lagi? sorong lah basikal beramai-ramai.


12.30pm - Kami selamat sampai ke Pantai Murni. Cuaca tersangat-lah panas ketika ini. Hajat dapat turun ke pantai tapi kawasan pantai sedang renovate pulak. Kami berhenti makan disini dan selesaikan solat jamak di surau Pantai Murni.


1.30pm - Sambung perjalanan menuju ke Kuala Kedah. Lepas makan ni lain macam malasnya. Dengan cuaca yang sangat terik, melambatkan lagi perjalanan kami ini. Tuhan tolonglah kami...


5.00pm - Menjelang senja hari mulai redup, awan semakin mendung, hujan mulai turun. Setelah kemaskan barang pada tahap waterproof, kami bergerak dalam hujan renyai. Terasa kelajuan kami semakin bertambah bila kayuh dalam hujan. Dalam masa 1 jam kami dapat tapau jarak 24km. Atau mungkin sebab semua dah mental, bontot terasa pedas je bila duduk kat seat. Jadi kaki mulai berkayuh tanpa henti supaya cepat sampai destinasi.

6.00pm - Kami sampai di Kuala Kedah! Perkara pertama jadi, 'cacing' dalam perut kemarahan!! Apalagi singgah cari makan lah dulu. Hujan yang tersangat lebat menyebabkan kami berbincang samada untuk henjut teruskan perjalanan ke Kangar atau stay di sini. Akhirnya keputusan yang bijak telah dibuat, kami stay di Kuala Kedah sahaja.

8.00pm - Kami mandi dan solat di Masjid India Kuala Kedah. Di sini ada beberapa masjid yg terletak berdekatan, yang kami temui ada tiga. Disebabkan masjid ni kunci lepas Isya', maka kami diberi pilihan lain untuk bermalam bersama jemaah tabligh di Surau Al-Hidayah.
Cerita hari ini tamat sampai disini sahaja. Esok kami rancang untuk kayuh halfday dan lepak bersama rakan-rakan di Kangar, Perlis.

Comments

Popular Posts