Chapter 20: Sawadikap

"Pada asalnya Kangar bukan dalam jalur rancangan perjalanan kami."

Pagi ni kami dapat talian hayat pertama, kayuhan paling pantas pernah dibuat untuk menyampai ke Bukit Kayu Hitam. Terima kasih pada Jinggo tumpangkan kami bermalam, Pakjong belanja makan Nasi Daging dan Pakteh belanja makan malam di Kuala Perlis. Dengan tenaga semalam kami mampu sampai dengan kelajuan cahaya. Hehehe...


9.30am - Hajat nak tukar wang di sempadan, tapi duit Baht dah habis? MasyaAllah. Beli coklat, dan pejalanan diteruskan. Masuk border dapat pas standard 30 hari.

Semangat hari ni lain macam. Target hari ni nak sampai ke Hatyai. Kita tengok pukul berapa sampai.. Terbaik weh!!!


Bergambar sakan kami sebelum nak cross border masuk ke Danok daripada Bukit Kayu Hitam. Sempadan Kedah/Thailand.

"Aku baru tau sini jalan masuk ke Danok! Apa bestnya sini? Dah pusing dgn basikal yang banyak hotel dan rumah urut je. Apa kedai pasar pun tak bukak pun hari ni..."


Sebelum teruskan perjalanan lebih jauh, sediakan payung terlebih dahulu. Beli nombor telipon Thai, dengan pakej internet. Habis B599.






Sampai di Prik lepas 2 jam 30 minit berkayuh, macam biasa 'cacing' kembali mengamuk. Cuba cari kedai halal, bila jumpa terus serang! Kedai ni terletak di seberang jalan. Punya usaha cross jalan, mana la tau kedai halal lain jauh lagi. Rupa-rupanya.. belambak lagi kedai halal sepanjang jalan nak ke Hatyai ni.




Macam biasa, kalau depan ada flyover, sure cari susur tak naik bukit. Ending memang pusing-pusing, lintas rel keretapi. Mencabar tapi syiok!!


Kami selamat tiba di Hatyai pada jam 3.40 petang. Lama tak datang sini, semak kepala tengok banyak kenderaan. Pusing punya pusing sampai la jumpa Masjid Pakistan.


MasyaAllah, ramai orang boleh berbahasa Melayu disini. Daripada orang Pakistan, Pattani dan Canada berbicara bahasa ibunda kami. Jadi, malam ni kami crash disini sahaja! Masjid Pakistan.




Comments

Post a Comment

Thanks for visiting our travelogue website. Your feedback, reply or comment much appreciated in advance.

Popular Posts