Chapter 4: Semangat Pannier Bag

Gambar 4: Basikal yang dilengkapi dengan Pannier Bag

Basikal dah siap, tapi kalau takda Pannier Bag seperti gambar diatas macam tak lengkap pula nanti pengembaraan ni. Banyak juga kelengkapan yang perlu dibawa nanti. Bukan mudah rupanya nak lakukan kembara jauh berbasikal ini. Berbanding pula dengan mendaki gunung dimana semua peralatan dan makanan perlu disumbat ke dalam sebuah backpack untuk digalas dan berat yang mampu di bawa mempunyai had mengikut kederat masing-masing.

Mus: Cuba Am tengok ni, mat salleh ni modified tong cat petak jadi Pannier. Menarik ni..
Am: Perghhh!! Smart, Improvised! Tapi mana nak cari tong petak macam ni?
Mus: Susah sikit nak cari yang empat segi. Tapi ada kut?
Am: Boleh.. boleh.. pelan-pelan kita cari.

Memandangkan gambar yang ditunjuk pada aku masa tu dah tak tau nak cari kat mana tapi lebih kurang seperti gambar kat bawah ni la.

Gambar 5: Improvised Pannier Bag

Setelah memikirkan beratus kali dan kemalasan melanda untuk mencari tong cat petak sehingga aku pun dah jadi 'petak', tanpa membuang masa aku keluar mencari Pannier Bag kalis air yang paling murah di kawasan berdekatan. Akhirnya dengan modal tambahan sebanyak RM159.00 aku berjaya mencari sepasang Pannier Bag kalis air di kedai alat sukan dan rekreasi.

Gambar 6: Pannier Bag Amri

Setiap perkara baru dalam hidup kami untuk melengkapkan diri dalam pengembaraan ini kami kongsi bersama dalam WhatsApp. Tanpa berlengah lagi, Ibnu pun turut sama untuk mencari Pannier Bag yang sama di Ipoh. Berikut merupakan antara perkara yang dikongsi Ibnu ketika keluar memburu kelengkapan berbasikal;-

   

Tak sabar rasanya untuk aku lakukan latihan kayuhan bersama Pannier Bag. Barulah nampak semangat seorang pengembara. Kalau tak orang tengok apa gila Amri ni, kejap naik motorsikal, kejap naik kereta, kejap naik basikal. Sekurang-kurangnya bila berkayuh macam ni orang ada tanggapan positif sikit terhadap aktiviti harian yang aku lakukan.

Comments

Popular Posts