Chapter 9: Cabaran Mus

Dalam geng kita, setakat ni aku rasa tekanan yang paling mencabar yang dilaporkan adalah daripada pihak tuan basikal 'Merlip'. Kalau nak ikut kemaskini yang di hantar dalam group WhatsApp kami, inilah jalan ceritanya;-

Gambar 21: Basikal Merlip

16 Oktober 2015

"Basikal dh siap...boleh jln"

Kata Mus sambil dia attach gambar basikal yang telah siap.

"Perghhh"
"Dah boleh beraksi ni"
"Letak pannier jln trus"
"Mad gad ada tarok ke?"

Ibnu mencelah perbualan.

"Tak boleh taruk... sbb tayar 700..."
"Tayar 26 boleh buat..tp kene bukak gear lu..."
"Tengah usaha nk pakai 26"
"Boleh masuk mudgud"

Ceritanya, basikal Merlip Si Mus ni dicipta untuk rim 700. Nak dapatkan tayar touring untuk rim tu bukan main payah lagi tu pasal dia cuba untuk convert basikalnya supaya dapat pakai rim 26. Maka inilah perkara yang berlaku dalam percubaan tersebut;-

Gambar 22: Brek Tayar
"Am.. tak boleh pakai 26..huhu"
"Boleh ke kalu brek kat tayar? (cengkam tayar)"

Masa pertanyaan ni aku dah sakit perut gelak ni. Tak pernah dibuat orang, tapi kalau Mus nak cuba apa salahnya? Hahaha.

"Dia ada solution die..pakai removable pace vbrake adapter..tp kat malaysia takde jual..hahahaha"

Gelak Mus.

Dapat cari solution tapi ada pulak masalah lain. Tapak pengikat brek untuk basikal Merlip ni jadi tinggi bila masuk rim 26. Jadi, untuk pakai tapak yang sama perlu pasang V-brake Adapter. Masalahnya, natang ni pun susah untuk dicari.

"xda jual ko jangan cerita"
"mus"
"ko"
"berlari je la"

Sakat aku pada Mus.

"Yooo"
"Aku suka cadangan ko"
"Sampai laos 2 bulan.. kurus kering"
"Korag semua ada carrier kan?..so.. aku tumpang belakang je.. hahahha"

Masa dah suntuk. Hari-hari nak menghadap masalah ni. Namun begitu, kawan-kawan jangan risau. Sebab Mus ada solution terakhir untuk mempersiapkan basikalnya. 

Comments

Popular Posts