Chapter 21: Hatyai ke Phattalung

Seawal 7.00 pagi kami dah mula berkayuh. Sejurus bersalaman dengan Saudara Saat, gerek kami kembali berpusing. Aman sungguh bandar Hatyai di awal pagi. Berselisih dengan ramai juga cyclist disini.

Bergambar dgn saudara saat

Checkpoint seterusnya adalah Phattalung, yang terletak lebih kurang 97 kilometer jauhnya. Kami ikut highway Route 4 sahaja, lurus no belok-belok! Meskipun namanya highway, tapi tetap umpama jalan biasa. Masih lagi kelihatan manusia bermotorsikal tanpa memakai helmet. Lebih teruk lagi melintang arah dengan selamba badak..

Nasi goreng dan Nasi ayam menjadi pilihan 

Seperti biasa, kedai makan muslim masih mudah untuk dicari sepanjang perjalanan. Nasib badan kalau dapat yang boleh berbahasa Melayu.

Muka ada senang sebab dapat makan

Loas is our Main Objective

Disepanjang Route 4 ini wujud hentian-hentian rehat seperti di Malaysia. Bezanya kami masih tak dapat jangka kawasan-kawasan terletaknya RNR ini. Singgah di RNR pertama, Ibnu terus masuk ke 7Eleven untuk membeli peta. Tengoklah gelagat orang hulu dapat peta, senyum tak ke sudah...

Pandai ke baca Map tu

Meh aku baca plak, urmmm jalan je lah

Tempat melepaskan lelah, pantang jumpa gazebo.

Lebih kurang jam 10.30 pagi, kami ditimpa hujan yang sangat lebat. Mujur ada tempat berteduh.

Hujan lebat menyebabkan kami mencari tempat perlindungan. Mata rasa ada gam.
43km ke phattalung, esok ke thung song plak

Pedas jugak makanan kat thailand ni.

Bila hujan, maka 'cacing' mudah marah! Padahal, sarapan pagi dah melantak nasi.. Tengahari pun mau cari nasi juga? Orang Melayu maaa. Takda nasi tak boleh kerja wooooo.. Tengok bawah, geng makan nasi punya banyak sampai nak tertido!

Apa lagi, tdo lerrr.

Lepas makan kita singgah masjid yang terletak di seberang jalan. Masjid baru nak buat. Biasanya bila dah masuk tengahari memang kami cari port nak tidur sekejap. Orang sebut 'Power Nap'.

Masjid dalam construction lagi di depan kedai makanan halal

Basikal am tgh mundi hujan
Hujan oh hujan, tdo sekejap ler.

Disini kami sekali lagi berhadapan dengan hujan lebat, ditambah pula dengan angin kencang. Takut jugak nak redah, angin lintang bahaya woo..

5km lagi

2km lagi. Mula mencari tempat untuk bermalam

Buat pengetahuan korang, Route 4 memang menarik. Disini kami dihidang dengan kombinasi jalan berbukit dan landai, jalan bukit tak curam sangat naiknya. Alhamdulillah belum ada lagi antara kami menolak basika hari ni.

Welcome to Phattalung,we use google map to find nearest mosque.

Sebelum masuk ke phattalung, kami perasan ada signboard Masjid darul islam. Nampakya aplikasi Waze sangatlah tidak berguna pada waktu dan ketika ini. Search guna Google baru boleh dapat cari lokasi masjid yang terletak di simpang kanan selepas hospital.


Malam ini kami tidur disini. Imam masjid boleh berbahasa Inggeris. Sekali lagi kami bertemu dengan orang Thai yang sangat fasih berbahasa Melayu, Haji Hussin yang kebetulan bertandang ke rumah anaknya. Beliau berasal dari Yala.

selepas solat isyak, hj hussien mengajak kami bertiga mkn mlm dirumah anaknye. Lauk budu n tomyam mmg layan. Hj hussien ni pernah duduk di Mekah hmpir 17thn. Pasif berbahasa arab, melayu n thailand.

Comments

  1. Bos...boleh try guna foursquare..byk membantu konvoi kami utk cari kedai halal

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks pokjik. sgt membantu tu tp kami nk kurangkan penggunaan apps phone. save battery, payah nk jumpa port bermalam yg boleh ngecas power bank. byk tido gelandangan je

      Delete

Post a Comment

Thanks for visiting our travelogue website. Your feedback, reply or comment much appreciated in advance.

Popular Posts