Chapter 3: Tambah Rakan

Royal Belum Scientific Expedition yang berlangsung pada 8 hingga 17 September 2015 merupakan detik berharga dalam hidup aku. Pengalaman untuk bekerja bersama kumpulan-kumpulan penyelidik yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia disamping mempelajari perkara-perkara baru yang berkaitan dengan flora dan fauna. Tugas aku sedikit berat disini. Aku perlu menyediakan rentis yang sesuai untuk digunakan untuk dua kumpulan penyelidik yang akan ditempat di basecamp yang berbeza; tempat dan jaraknya. Selain itu aku juga perlu menyediakan Jurupandu yang mencukupi seperti yang diminta oleh pihak penganjur.

Dengan mandat yang diberi ini, aku juga berpeluang untuk menjemput rakan-rakan seperjuangan dalam arena pergunungan yang dipercayai untuk bersama-sama bekerja di dalam kawasan Taman Negeri Royal Belum. Mereka-mereka ini merupakan penggiat aktif yang bekerja sebagai Jurupandu Gunung dan Alam Semulajadi.

Am: Hujung bulan Oktober nanti Am, Mus dan Syed ada plan nak berbasikal sampai Laos bersama sorang lagi member dari Ipoh. Muda-muda remaja tengah ada semangat ni..
Azairie: Menarik jugak tu. Nak join? Jumpa di Perlis nanti.

Dipendekkan cerita, maka bertambahlah ahli rombongan Encik Kiah untuk berbasikal daripada Ipoh ke Laos ini. Berkembang daripada 2 orang kepada 4 orang, dan kini menjadi 5 orang! Namun begitu, semuanya masih dalam perancangan. Pasti ataupun tidak bahawa mereka-mereka ini sertai kami itu masih menjadi rahsia.

 
Gambar 3: Aku dan Ibnu bersama basikal

Aku dan Ibnu dah bersedia! Setakat ini kayuhan 'warm-up' paling win adalah daripada Ibnu dimana beliau berkayuh daripada KL pulang ke Ipoh sempena merasmikan basikal yang dibeli. Manakala aku pula berkayuh santai sekitar kawasan perumahan. Paling jauh pun 12.5km, dari rumah masuk bandar Seremban semata-mata nak breakfast di Restoran Negeri. Bagaimana pula dengan rakan-rakan yang lain?

Comments

Popular Posts